Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, January 9, 2008

duit??!!

alamak budget tahun nih tak cukup laa. Disebabkan ader pertambahan pembelanjaan memaksa aku merangka strategi balik dari segi kewangan.
Ader 2 solution di sini
  • limit my spending...yang aku rasa cam mustahil. Aku menyalahkan gov pasal kenaikan taraf hidup
  • earn more money....do i hav any other choice??
pastu kita leh pecahkan lagi aper aku perlu buat. Sebagai contoh kalo option limit my spending
  • kena makan ikat perut tetiap ari
  • pergi keje naik train...diharamkan naik kete hahaha
  • dating?? haha nak ultra save kalo aku kedekut sangat kena hidup sorang diri laa gamaknya
  • kete...elok jual laa takyah susah bayar loan kete...leh save minyak sekali

ok beralih pada nak earn more money...
  • carik projek extra utk dibuat...tapi aku still lemau bab2 nih. Kalo duduk bawah orang ok laa
  • tukar KEJE....nih adalah yang paling logical utk dibuat. Keadaan memaksa aku buat benda aku taknak. Bukan aku nak pun wehhh

bulan nih memang aku bz dengan interview...seriously

Monday, January 7, 2008

2008

setiap tahun kita akan dengar orang membebel pasal azam baru mrk...cam aku kalo leh nak try carik career yang lebih menarik sblm tamatnya suku ke 3 tahun ini.
Alhamdulillah dah cukup 2 tahun aku keje. Orang panggil interview pun cam senang skang. Cuma aku cam syok sendiri time bila kena interview. Bila dah ader experience nih rasa seronok sangat nak membebel pasal aper ko buat. Haha syok sendiri.

This year aku nak try membaca dengan lebih tekun lagi. Tak lupa juga skill dalam bidang computer. Kat umah aku terlalu malas utk membuka eclipse ku. Tah aper nak jadi. Kelemahan nyata aku skang ilmu aku baca/study jarang sangat yang aku run on computer apertah lagi masuk dalam source control kat umah aku.

Ader banyak event menarik aku kena tempuh this year..antaranya
  • aku bakal menjadi ayah sedara/pakcik...insyaAllah
  • pertukaran kerjaya ke syarikat lain...most probably
  • awek ku bakal study ke uk...long distance relationship
  • start saving and earn a lot of money for kawin
ohh tak lupa aku kena rajin posting kat blog nih.

Saturday, September 1, 2007

target ku sampai akhir tahun nih ( bahagian 1 )

tetiba rasa nak buat azam sempena kedatangan posa nih. Selain menambah amal yang asik tak penah cukup (untuk orang cam aku nih) aku bercita utk mengkhatamkan beberapa buku dalam masa 3 bulan nih. Coz next year bulan 1 penentu tahap mana aku berada skang. Anyway:
  1. nak abis kan buku Agile Java Crafting Code with Test-Driven Development
  2. then sekali harung nak study sikit2 Ant in Action 2nd Edition, just amik mana yang perlu sahaja.
budget nak abiskan kedua belah kat atas nih dalam masa 2 minggu dalam bulan 9 nih. Buku no 1 tuh aku dah baca and try sampai chapter 3. Then selang seli dengan buku no 2.

Buku no 1 tuh memang best. Kalo saper takde background programming maybe rasa sengal kot. Yelah selalunya cara belajar programming biasa ko just run sample code jer kan. Pendekatan buku nih lain, dia akan buat automated test untuk ajar ko basic java. Bagi aku feedback dengan cara nih lebih menarik. So selain aku belajar java, aku leh biasakan diri sekali dengan pendekatan TDD.

p/s: selama aku belajar programming, memang aku taknah run sample code. Pasal aku rasa cam tak menarik. Sengal kan aku??

Friday, August 31, 2007

jodoh

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat
sebab jambatannya singkat. Usia 25
tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan
usia
35 tahun belum apa2 kalau sepanjang
usia
itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan
keinginan anda itu dalam doa2 lewat
sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr.Right dan biar seorang diri
drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak
beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat
apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg
bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila
kita sendiri telah memiliki kereta
mewah
kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
mustahil pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti
untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa,
dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam
kesesakan
jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh,alangkah baiknya
kalau
aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu dan cepat sampai ke tempat
yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di tgh2
bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda, pasti
ada
baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebab
ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi,
sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat disamping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya,
anda
membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan
segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri
tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk
bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu
sebab kenyataannya ramai yang tidak
bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba
mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi
yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba masanya
ia
akan datang menjemput, namun perlu juga
anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang.


moral of the story : biar lambat asal selamat ( kalo guys laa, girls rasanya tak baper sesuai sangat istilah biar lambat asal selamat except kalo awek tuh memang tahap dewi)