Friday, August 31, 2007

jodoh

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat
sebab jambatannya singkat. Usia 25
tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan
usia
35 tahun belum apa2 kalau sepanjang
usia
itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan
keinginan anda itu dalam doa2 lewat
sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr.Right dan biar seorang diri
drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak
beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat
apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg
bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila
kita sendiri telah memiliki kereta
mewah
kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
mustahil pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti
untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa,
dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam
kesesakan
jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh,alangkah baiknya
kalau
aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu dan cepat sampai ke tempat
yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di tgh2
bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda, pasti
ada
baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebab
ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi,
sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat disamping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya,
anda
membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan
segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri
tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk
bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu
sebab kenyataannya ramai yang tidak
bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba
mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi
yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba masanya
ia
akan datang menjemput, namun perlu juga
anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang.


moral of the story : biar lambat asal selamat ( kalo guys laa, girls rasanya tak baper sesuai sangat istilah biar lambat asal selamat except kalo awek tuh memang tahap dewi)

No comments: